Alhamdulillah, sudah hampir 19 hari umat islam menunaikan ibadat puasa di bulan yang penuh keberkatan ini..dan aku kini semakin jauh daripadanya..bukan kerana aku membencinya tapi aku tak sanggup melukai lagi perasaannya..siapa sangka hati aku yang selembut gula-gula kapas ini mampu berubah menjadi sekeras batu dengan tiba-tiba tanpa bersebab..jika aku ditempatnya, pasti pelbagai cacian dan tohmahan yang aku lemparkan..namun bagi dia, dulu dan kini tidak akan pernah berubah dan dia tidak akan sesekali berputus asa dengan apa yang telah dijanjikannya suatu ketika dahulu..memang bagi siapa yang tidak mengenali aku, pasti merasakan akulah perempuan yang paling kejam di dunia ini..cakaplah..selagi orang ada mulut, orang tidak akan berhenti untuk berkata-kata..yang penting aku tahu bahawa aku masih ada rakan-rakan yang benar-benar memahami aku dan faham akan situasi aku..
Kini sudah hampir sebulan aku meninggalkannya tanpa sebarang penjelasan..dan aku akan sentiasa mencuba untuk menjadi insan yang paling tabah dan cekal kerana aku tahu keluarga dan juga rakan-rakan aku sentiasa ada disisi.
No comments:
Post a Comment