Friday, August 19, 2011
PERIT KU TELAN JUA
Siapa sangka angka 7 itu terlalu mendalam bagi aku dan siapa tahu apa yang terkandung disebalik kisah 7 itu.
Kalau 7 saat/7minit/7jam/7hari mungkin adalah sesuatu yang berbaloi untuk dinanti.
Namun bila ia melibatkan tahun, agak besar maknanya pada aku,kau dan kita semua.
Tapi kadang-kadang bila Allah kurniakan kasih sayang pada kita, seharusnya kita jaga kasih sayang itu agar sentiasa menyubur.
Perihalnya disini, kau bagaikan terlalu emosi.Emosi dalam setiap benda.
Walhal aku langsung tidak bertindak selaku pembantu pengemudi dalam menjayakan kasih sayang itu.
Jadinya aku merasa kurang kebebasan dalam menyalurkan kasih sayang tersebut.
Penat aku berkata untuk kau hadapi kenyataan ini namun apa yang kau tahu adalah masih menanti dan menanti.
Sampai bila ?
Cubalah fahami dan mengerti yang haluan sudah berbeza dan aku sudah berubah.
Berubah untuk menjadi yang lebih baik kerana aku tahu aku banyak berdosa pada Allah s.w.t sebagai umatnya yang mungkar.
Allah s.w.t sering mengingatkan kita tentang Jauhilah zina dan maksiat dan aku kini sedar dan semakin sedar.
Mungkin ini adalah salah satu sebab aku bertindak sebegini sehinggakan kau merasakan aku terlalu kejam.
Ya, memang aku kejam.Aku kejam kerana aku takutkan Allah s.w.t.
Aku lemah bila kau taburkan janji-janji manis.
Dan aku akui aku belum cukup mengenali kau dalam tempoh 7 tahun ini.
Cukuplah sekadar aku mendoakan kebahagiaan kau bersama keluarga dan rakan-rakan.
Hanyalah pada-Mu aku menadah tangan dan berdoa Ya Allah. Ya rabilalamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment