Friday, August 19, 2011

SUKAR DITUKAR GANTI


Salam 20 Ramadhan :)




Sahabat !
Kau bagaikan lilin bagiku
Pembakar semangatku tika aku terkapai-kapai kelemasan di dalam arus permasalahan
Kau tidak jemu menghulur kata menghilang duka

Sahabat !
Bila bersama hanya hilai tawa yang kedengaran
Tak lekang senyum di bibirmu
Menghilang rasa kegusaran dihatiku
Menjauh aku dari kesedihan di ulu hati

Sahabat, Kau Yang Disayangi !
Kadang-kadang kita berpaling muka
Bukan kerana bergaduh besar namun sekadar memenuhi adat bersama
Tak syioklah law asyik manis yang dirasa
Pahit perlu jua kita telan kadang-kadang
Kerana dari pahitlah ianya akanbertukar menjadi yang manis


No comments:

Post a Comment